9 Makanan Tradisional Malaysia Popular Patut Dah Dicuba

Oleh kerana Malaysia memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Antara hidangan popular dan digemari oleh rakyat Malaysia adalah seperti yang tersenarai di bawah.

#1. Nasi Lemak

Nasi Lemak merupakan hidangan makanan Melayu. Ia diperbuat dari beras yang dimasak dengan santan kelapa, bawang merah, halia dan juga daun pandan. Nasi Lemak juga dikenali sebagai juadah kebangsaan Malaysia dan boleh di setiap pelosok Malaysia.

9 Makanan Tradisional Malaysia Popular Patut Dah Dicuba 1

#2. Asam Laksa

Asam Laksa merupakan hidangan tradisi masyarakat Baba dan Nyonya. Hidangan ini merupakan mee beras yang disajikan bersama kuah ikan pedas. Keturunan Baba dan Nyonya ini pada asalnya merupakan immigrant Cina yang datang ke Tanah Melayu. Mereka ini telah menggabungkan budaya Melayu yang diterapkan dalam kehidupan seharian.

9 Makanan Tradisional Malaysia Popular Patut Dah Dicuba 2

#3. Rojak

Rojak merupakan salad tradisional yang mengandungi pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis rojak iaitu rojak buah,rojak India, rojak Penang dan rojak sotong kangkung.

Bagi rojak buah biasanya terdiri dari potongan buah timun, mangga, nanas, sengkuang, taugeh dan juga tauhu goreng. Kuah rojak buah pula diperbuat daripada kicap, belacan, air, gula, jus limau nipis, cili dan kacang tanah yang dikisar.

Jika di Pulau Pinang, terdapat rojak Penang yang hampir sama dengan rojak buah. Namun, ia ditambah dengan bahan – bahan lain seperti jambu batu, jambu air, mangga dan sotong goreng. Kuah rojak ini pula pekat seakan karamel.

9 Makanan Tradisional Malaysia Popular Patut Dah Dicuba 3

#4. Apam Balik

Apam Balik merupakan sejenis penkek leper yang dimasak menggunakan acuan khas dan boleh ditemui di mana jua sekitar Malaysia. Ia turut dijual secara meluas oleh penjaja di mana sahaja.

9 Makanan Tradisional Malaysia Popular Patut Dah Dicuba 4

Bahan yang digunakan untuk membuat apam balik terdiri dari adunan tepung, santan, air, gula, telur dan soda penaik. Ia mempunyai inti seperti kacang tanah yang dikisar, gula dan krim jagung manis. Apam balik juga boleh diletakkan pelbagai jenis inti lain seperti hirisan coklat, parutan kelapa dan sebagainya mengikut selera masing – masing.

Apam Balik juga telah diisytiharkan sebagai makanan warisan negara oleh Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia.

#5. Roti Canai

Roti Canai merupakan roti leper yang diperkenalkan oleh masyarakat India. Ia boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu di Malaysia.

Hidangan ini dibawa oleh immigran Tamil Muslim yang telah menetap di Malaysia. Ia turut dikenali dengan nama ‘roti terbang’ kerana proses pembuatannya yang seakan lemparan dan pusingan sebelum dimasak.

9 Makanan Tradisional Malaysia Popular Patut Dah Dicuba 5

Biasanya Roti Canai dimakan bersama kuah kari samada kari ikan, ayam, daging atau kambing, kuah kacang dhal dan juga sambal tumis. Malah, ada di sesetengah tempat menikmati Roti Canai ini bersama gula pasir yang dicampurkan ke dalam kuah kari.

Roti Canai ini juga mempunyai pelbagai pilihan lain seperti Roti Telur, Roti Tisu, Roti Pisang, Roti Bawang, Roti Planta dan sebagainya.

#6. Sate

Sate merupakan hirisan daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan dibakar atas dapur arang. Biasanya sate dihidang dengan kuah kacang dan juga hirisan bawang serta timun.

9 Makanan Tradisional Malaysia Popular Patut Dah Dicuba 6

Terdapat pelbagai jenis sate di Malaysia iaitu sate daging, sate ayam, sate perut dan sate kambing. Ia merupakan kegemaran hampir seluruh rakyat Malaysia dan boleh didapati dengan mudah di gerai penjaja, pasar malam mahupun restoran.

Sate ini juga enak dimakan bersama nasi himpit yang boleh dijadikan sebagai pengganti nasi. Ia juga sering dijadikan hidangan ringan pada waktu malam dan sangat popular sebagai salah satu hidangan menjelang sambutan perayaan.

 

#7. Char Kuew Teow

Char Kuew Teow makanan yang sangat popular yang boleh didapati di Malaysia. Biasanya ia digoreng dengan kepanasan tinggi bersama kicap cair, kicap pekat, cili, pes udang, udang, kerang, tauge dan daun kucai.

9 Makanan Tradisional Malaysia Popular Patut Dah Dicuba 7

Selain itu, Char Kuew Teow juga digoreng bersama dengan telur, udang, kerang, tauge dan lain-lain lagi. Hidangan ini turut disajikan diatas daun pisang yang diletakkan di dalam pinggan bagi meningkatkan lagi aromanya.

 

#8. Cendol

Cendol adalah pencuci mulut yang berasal dari Indonesia, namun begitu popular di Malaysia. Ia diperbuat dari santan kelapa, jeli hijau yang diperbuat daripada tepung beras serta berwarna hijau, ais batu yang dikisar dan gula melaka.

9 Makanan Tradisional Malaysia Popular Patut Dah Dicuba 8

Cendol biasanya boleh didapati di seluruh Malaysia. Ia turut dihidangka bersama pulut, kacang merah dan jagung. Malah, ada juga yang menyajikannya bersama durian, nangka dan juga tapai.

9#. Otak-Otak

Otak-Otak merupakan snek ringan yang boleh dinikmati di Malaysia dan Singapura. Makanan ini digelar otak – otak teksturnya yang lembut dan sedikit lembik.

9 Makanan Tradisional Malaysia Popular Patut Dah Dicuba 9
Biasanya ia dimakan bersama dengan nasi atau juga boleh dimakan terus. Antara bahan yang digunakan adalah isi ikan, cili serta rempah ratus lain dan dibalut menggunakan daun kelapa. Ia kemudiannya dibakar di atas api sehingga masak.

Inilah antara pilihan makanan yang sangat digemari oleh orang Malaysia pada hari ini. Biarpun berbeza bangsa dan agama, namun pilihan makanan di Malaysia turut dikongsi bersama. Tidak semestinya setiap bangsa itu hanya boleh menikmati makanan tradisi masing – masing, namun turut boleh merasai hidangan masyarakat lain.

Bagi yang beragama Islam, pastinya makanan halal menjadi keutamaan. Biarpun terdapat makanan masyarakat bukan Islam tersenarai di sini, namun sudah ada restoran halal yang menyajikan makanan tersebut dan boleh dimakan oleh orang Islam.

 

 

WhatsApp chat
Scroll to Top